Pengenalan

Assalamualaikum semua. Nama saya Nurul Eliyana bte Mohd Yazed. Berasal dari Johor Bahru dan bekerja di Kluang sebagai guru. Berumur 26 tahun pada tahun 2012 dan sudah mendirikan rumah tangga pada tahun lepas.

Minat utama saya dalam penulisan blog ialah tentang keluarga dan makanan. Majlis dan acara yang kami lakukan. Tetapi kali ini, untuk blog ini, saya ingin berkongsi panduan melancong atau bersiar-siar secara personal. Tujuan utama saya membina blog ini adalah untuk membantu rakyat Malaysia terutamanya yang ingin bersiar atau melancong tetapi kurang mendapat panduan dan maklumat. Ini kerana, pengalaman saya dan suami ketika melancong tanpa menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan ke luar negara, kami menghadapi masalah dalam mendapatkan maklumat dan juga itinerari yang sesuai untuk perjalanan kami.

Saya bukannya seorang yang selalu melancong ke luar negara tetapi jika ada rezeki lebih, insyaAllah sampai ke destinasi yang di impi. Jadi... entir-entri yang akan ditulis adalah berdasarkan pengalaman peribadi di dalam atau luar Malaysia. Dan akan diselitkan juga reviu-reviu tentang tempat menarik berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan-kawan.

Semoga dengan entri-entri yang ditulis dapat membantu dalam melancarkan perjalanan kalian.

Salam perkenalan daripada kami;

Nurul Eliyana bte Mohd Yazed & Mohd Azuan bin Ngadimi



Sebarang pertanyaan boleh di email terus kepada kami. InsyaAllah balasan secepat mungkin dapat kami janjikan.

yanna_ae@yahoo.com atau parabola_ae@yahoo.com

Saturday, February 4, 2012

Perkara pertama ke Luar Negara

Assalamualaikum semua... Entri yang lepas saya dah update tentang promosi yang sedang berlangsung di Air Asia. Jika betul anda semua ingin melancong ke New Zealand, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil kira.


Perkara pertama :
Semasa membuat tempahan, saya sarankan supaya untuk bagasi waktu pergi ke luar negara, pilih bagasi yang paling ringan. Jika anda berhasrat untuk berbulan madu, tempah 1 orang sahaja yang membawa bagasi. Ini kerana, ketika kami pergi, beg yang kami bawa beratnya kurang 10 kg. Tetapi untuk pulang ke tanahair, ambil yang lebih berat. Kami pulang dengan souvenirs seperti t-shirts dan Coffee Machine yang dibeli di sana, beratnya hanya 25 kg. Jadi, dengan cara ini, anda boleh berjimat lebih kurang rm100.

Harga Bagasi 15 kg ialah rm50 dan 20 kg ialah rm65.


Perkara kedua :
Google tempat-tempat menarik di sana. Jika New Zealand, ada dua kepulauan. South Island dan North Island. Jika tempahan ke Christchurch, ianya adalah South Island. Jika ke Auckland adalah ke North Island. Senaraikan nama-nama tempat yang anda ingin lawati dan Google juga jarak-jaraknya dan juga tempoh perjalanan. Selain itu, Google hotel-hotel atau motel-motel untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Harga secara online lebih murah berbanding walk-in dan jangan risau untuk tempah secara online kerana kebanyakan tempat walaupun motel yang diuruskan oleh keluarga juga menggunakan perkhidmatan internet. Jika sudah di sana juga, banyak risalah-risalah percuma dan juga buku travelling guide percuma. Buku travelling guide adalah penting kerana semua tempat-tempat menarik terdapat didalamnya dan juga motel-motel murah ada tersenarai di dalamnya. Terdapat juga voucher untuk kegunaan pelancong.


Perkara ketiga :
Pastikan musim ketika waktu pelancongan. Pastikan suhunya juga supaya anda tahu pakaian apa yang sesuai untuk dibawa. Akan menjadi masalah jika pakaian tidak mencukupi ataupun suhunya rendah dan pakaian yang dibawa tidak sesuai. Tetapi di Christchurch, ada Save Mart. Seperti bundle di Malaysia tetapi ia adalah gedung yang sangat besar dan dijaga dengan baik. Pakaian-pakaian yang dijual juga dalam keadaan yang baik. Jika suhunya rendah, jangan lupa stokin dan sarung tangan.


Perkara keempat :
Pastikan anda isytihar barang-barang yang dibawa. Imigresen New Zealand sangat tegas dalam pemeriksaan barang-barang terutama ubatan tradisional. dikhuatiri akan membawa penyakit. Jika didapati anda menipu, denda NZD 10 000 boleh dikenakan. Satu yang seronok tentang New Zealand, untuk membawa keluar makanan-makanan dari New Zealand, tiada masalah kerana baginya, makanan-makanan mereka diyakini bebas daripada penyakit.


Perkara kelima :
Check in di airport haruslah 1-3 jam sebelum penerbangan. Seeloknya lebih awal takut jika penerbangan terdapat perubahan.



Perbezaan waktu Malaysia dan New Zealand adalah 5 jam dan perjalanan mengambil masa selama 10 jam. Jika sekarang adalah 4.00pm di Malaysia, jadi di New Zealand adalah 9.00pm. Jet-lagged adalah satu kemestian tetapi untuk orang muda, masalah ini senang sahaj ditangani. Untuk kanak-kanak dan mereka yang lebih berusia, akan menjadi sedikit masalah dan memerlukan beberapa hari untuk membiasakan diri. Paling utama, jangan manjakan diri. Sudah jauh perjalanan, tak kan nak habiskan masa dengan masalah jet-lagged kan?

No comments:

Post a Comment