Minat utama saya dalam penulisan blog ialah tentang makanan dan keluarga. Majlis dan acara yang kami lakukan. Tetapi kali ini, untuk blog ini, saya ingin berkongsi panduan melancong atau bersiar-siar secara personal. Tujuan utama saya bina blog ini adalah untuk membantu rakyat Malaysia terutamanya yang ingin bersiar atau melancong tapi kurang mendapat panduan dan maklumat. Ini kerana, pengalaman saya dan suami ketika ingin melancong ke luar negara, kami menghadapi masalah dalam mendapatkan maklumat dan juga itinerari yang sesuai untuk perjalanan kami.
Saya bukannya seorang yang selalu melancong ke luar negara tapi jika ada rezeki lebih, insyaAllah sampai ke destinasi yang di impi. Jadi... entri-entri yang akan ditulis adalah berdasarkan pengalaman peribadi di dalam atau luar Malaysia. Dan akan diselitkan juga reviu-reviu tentang tempat menarik berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan-kawan.
Semoga dengan entri-entri yang ditulis dapat membantu dalam melancarkan perjalanan kalian.
Salam Perkenalan dari kami;
Nurul Eliyana bte Mohd Yazed & Mohd Azuan bin Ngadimi
Sebarang pertanyaan boleh di email terus kepada kami. InsyaAllah balasan secepat mungkin dapat kami janjikan.
yanna_ae@yahoo.com atau parabola_ae@yahoo.com