Pengenalan

Assalamualaikum semua. Nama saya Nurul Eliyana bte Mohd Yazed. Berasal dari Johor Bahru dan bekerja di Kluang sebagai guru. Berumur 26 tahun pada tahun 2012 dan sudah mendirikan rumah tangga pada tahun lepas.

Minat utama saya dalam penulisan blog ialah tentang keluarga dan makanan. Majlis dan acara yang kami lakukan. Tetapi kali ini, untuk blog ini, saya ingin berkongsi panduan melancong atau bersiar-siar secara personal. Tujuan utama saya membina blog ini adalah untuk membantu rakyat Malaysia terutamanya yang ingin bersiar atau melancong tetapi kurang mendapat panduan dan maklumat. Ini kerana, pengalaman saya dan suami ketika melancong tanpa menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan ke luar negara, kami menghadapi masalah dalam mendapatkan maklumat dan juga itinerari yang sesuai untuk perjalanan kami.

Saya bukannya seorang yang selalu melancong ke luar negara tetapi jika ada rezeki lebih, insyaAllah sampai ke destinasi yang di impi. Jadi... entir-entri yang akan ditulis adalah berdasarkan pengalaman peribadi di dalam atau luar Malaysia. Dan akan diselitkan juga reviu-reviu tentang tempat menarik berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan-kawan.

Semoga dengan entri-entri yang ditulis dapat membantu dalam melancarkan perjalanan kalian.

Salam perkenalan daripada kami;

Nurul Eliyana bte Mohd Yazed & Mohd Azuan bin Ngadimi



Sebarang pertanyaan boleh di email terus kepada kami. InsyaAllah balasan secepat mungkin dapat kami janjikan.

yanna_ae@yahoo.com atau parabola_ae@yahoo.com

Wednesday, February 8, 2012

Pakej menangani Jet-Lagged

Assalamualaikum semua... Entri yang lepas saya sudah menulis tentang perkara-perkara yang perlu pelancong ambil kira sebelum menaiki penerbangan. Dan dalam entri ini pula, adalah untuk menangani jet-lagged semasa di New Zealand.


Perbezaan waktu Malaysia dan New Zealand ialah selama 5 jam. Waktu New Zealand adalah lebih awal. Jadi ikut kiraan, jika sekarang di Malaysia pukul 12.00pm, maka di New Zealand ialah 5.oopm tarikh yang sama. Dan perjalanan dari LCCT ialah selama 10 jam. Jangan anda bimbang kerana Air Asia menyediakan mekanan yang perlu dibeli. Memang harga agak mahal tapi sedap. Untuk saya ulaskan sebagai berbaloi, tidaklah... Nasi Lemak untuk harga rm15? So not worth it. Tetapi itu aje pilihan yang ada untuk mengisi perut. Air Asia mempunyai polisi tidak boleh membawa makanan luar ke kabin. Jadi untuk lebih jimat, tempah makanan secara online juga. Air Asia menawarkan diskaun jika menempah makanan secara online.


Sesampai di Christchurch, sudah tentu anda memerlukan rehat yang cukup sebelum merancang perjalanan sepanjang bercuti di sana. Jadi, benda terakhir yang anda tidak mahu, tentukan mencari2 hotel penginapan untuk berehat dan juga makanan setelah perjalanan yang cukup panjang. Di sini, kenalan saya yang tinggal di Christchurch menawarkan pakej yang tiada bandingan. Harga yang ditawarkan tidak mungkin anda dapat jika mencari hotel-hotel tempatan.



Harga :


  • Menjemput di Airport Christchurch : NZD 10

  • Malam pertama menangani Jet-Lagged : NZD 40

  • Makanan panas : NZD 7 - NZD 10


Harga biasa yang ditawarkan yang saya jumpa di Christchruch :



  • Menjemput di Airport : NZD 15

  • Hotel : NZD 80 (paling murah di Christchurch)

  • Makanan : NZD 10 keatas (tidak pasti halal)

Saturday, February 4, 2012

Perkara pertama ke Luar Negara

Assalamualaikum semua... Entri yang lepas saya dah update tentang promosi yang sedang berlangsung di Air Asia. Jika betul anda semua ingin melancong ke New Zealand, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil kira.


Perkara pertama :
Semasa membuat tempahan, saya sarankan supaya untuk bagasi waktu pergi ke luar negara, pilih bagasi yang paling ringan. Jika anda berhasrat untuk berbulan madu, tempah 1 orang sahaja yang membawa bagasi. Ini kerana, ketika kami pergi, beg yang kami bawa beratnya kurang 10 kg. Tetapi untuk pulang ke tanahair, ambil yang lebih berat. Kami pulang dengan souvenirs seperti t-shirts dan Coffee Machine yang dibeli di sana, beratnya hanya 25 kg. Jadi, dengan cara ini, anda boleh berjimat lebih kurang rm100.

Harga Bagasi 15 kg ialah rm50 dan 20 kg ialah rm65.


Perkara kedua :
Google tempat-tempat menarik di sana. Jika New Zealand, ada dua kepulauan. South Island dan North Island. Jika tempahan ke Christchurch, ianya adalah South Island. Jika ke Auckland adalah ke North Island. Senaraikan nama-nama tempat yang anda ingin lawati dan Google juga jarak-jaraknya dan juga tempoh perjalanan. Selain itu, Google hotel-hotel atau motel-motel untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Harga secara online lebih murah berbanding walk-in dan jangan risau untuk tempah secara online kerana kebanyakan tempat walaupun motel yang diuruskan oleh keluarga juga menggunakan perkhidmatan internet. Jika sudah di sana juga, banyak risalah-risalah percuma dan juga buku travelling guide percuma. Buku travelling guide adalah penting kerana semua tempat-tempat menarik terdapat didalamnya dan juga motel-motel murah ada tersenarai di dalamnya. Terdapat juga voucher untuk kegunaan pelancong.


Perkara ketiga :
Pastikan musim ketika waktu pelancongan. Pastikan suhunya juga supaya anda tahu pakaian apa yang sesuai untuk dibawa. Akan menjadi masalah jika pakaian tidak mencukupi ataupun suhunya rendah dan pakaian yang dibawa tidak sesuai. Tetapi di Christchurch, ada Save Mart. Seperti bundle di Malaysia tetapi ia adalah gedung yang sangat besar dan dijaga dengan baik. Pakaian-pakaian yang dijual juga dalam keadaan yang baik. Jika suhunya rendah, jangan lupa stokin dan sarung tangan.


Perkara keempat :
Pastikan anda isytihar barang-barang yang dibawa. Imigresen New Zealand sangat tegas dalam pemeriksaan barang-barang terutama ubatan tradisional. dikhuatiri akan membawa penyakit. Jika didapati anda menipu, denda NZD 10 000 boleh dikenakan. Satu yang seronok tentang New Zealand, untuk membawa keluar makanan-makanan dari New Zealand, tiada masalah kerana baginya, makanan-makanan mereka diyakini bebas daripada penyakit.


Perkara kelima :
Check in di airport haruslah 1-3 jam sebelum penerbangan. Seeloknya lebih awal takut jika penerbangan terdapat perubahan.



Perbezaan waktu Malaysia dan New Zealand adalah 5 jam dan perjalanan mengambil masa selama 10 jam. Jika sekarang adalah 4.00pm di Malaysia, jadi di New Zealand adalah 9.00pm. Jet-lagged adalah satu kemestian tetapi untuk orang muda, masalah ini senang sahaj ditangani. Untuk kanak-kanak dan mereka yang lebih berusia, akan menjadi sedikit masalah dan memerlukan beberapa hari untuk membiasakan diri. Paling utama, jangan manjakan diri. Sudah jauh perjalanan, tak kan nak habiskan masa dengan masalah jet-lagged kan?

Thursday, February 2, 2012

Promosi Air Asia X

Assalamualaikum... Saya baru sahaja melayari laman web Air Asia untuk melihat jika ada promosi untuk ke luar negara. Rezeki agaknya. Sekarang sehingga ke 14 Februari 2012, adalah tempoh tempahan untuk melancong pada tarikh 1 Mei 2012 hingga 30 Jun 2012. Tetapi untuk ke Christchurch hanya sehingga 31 Mei 2012.


Ini adalah langkah pertama jika ada sesiapa yang ingin melancong tanpa menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan. Sila layari www.airasia.com.my



Tempoh tempahan : Sekarang sehingga 14 Februari 2012
Tempoh penerbangan : 1 Mei 2012 sehungga 31 Mei 2012



Mungkin ketika ini adalah musim Luruh (Autumn) di New Zealand. Pemandangan akan menjadi sangat-sangat cantik selepas luruhnya bunga-bunga. Wah, walaupun pada musim Panas, Christchurch dan South Island adalah sangat cantik, apatah lagi pada musim Luruh. Beri perhatian yang pada ketika ini, musim Sejuk akan bermula. Jadi keadaan adalah sangat sejuk. Jangan lupa bawa baju tebal beberapa helai, stokin dan sarung tangan.

Wednesday, February 1, 2012

Pakej Menarik di Christchurch

Assalamualaikum semua... Okay, sebagai entri yang pertama, saya nak cerita pasal melancong ke luar negara dahulu. Ini disebabkan, bulan 12 tahun lepas, saya dan suami berbulan madu ke New Zealand. Dan syukur Alhamdulillah, ada kenalan di sana yang membantu dalam segala urusan ketika di sana. Di sini, saya ingin mempromosi pakej yang beliau sediakan bagi rakyat Malaysia yang ingin melancong ke South Island dan mendarat di Christchurch.

Kenalan saya ialah seorang pensyarah di UTM, Skudai. Beliau sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di University of Canterbury. Sir Abdullah tinggal di Christchurch bersama isteri, Kak Salmah dan anak-anak beliau, Adel dan Adam. Beliau ada menyediakan pakej 'First Night in Christchurch'. Untuk malam pertama ketika sampai di Christchurch sahaja untuk menangani masalah jet-lagged. Pakej ini terbuka untuk semua terutamanya rakyat Malaysia.


Selain pakej bermalam di rumahnya, beliau ada juga menyediakan beberapa perkhidmatan lain seperti penyewaan kereta, GPS, barang-barang bagi mereka yang minat berkhemah, basikal dan lain-lain.



Harga pakej adalah seperti berikut (merujuk kepada musim Panas) :



  • Malam pertama di Christchurch : NZD40 (>< RM 100)

  • Perkhidmatan pengambilan di airport : NZD10 (>< RM25)

  • Makanan (Tengahari dan Malam) : NZD7 atau NZD10 (RM17.50 atau RM25)

Selain perkhidmatan yang saya letakkan di atas, ada beberapa perkhidmatan lain lagi yang disediakan. Boleh rujuk Laman FB beliau :


Hornby Private Car Hire & Adventure




Beliau juga menyediakan pakej-pakej percutian. Sila rujuk :


CuticutiNZ.com (FB) atau http://cuticutinz.com/





Bila dilihatkan pada nilai RM yang ditawarkan, memang kelihatan mahal. Tapi sejujurnya, ia adalah paling murah di New Zealand. Disebabkan inilah, saya amat percaya dengan perkhidmatan yang diberikan dan mengesyorkannya kepada pembaca-pembaca sekalian.



Jadi, apa yang penting untuk melancong ke New Zealand ialah, TEMPAH TIKET AIR ASIA X. Dan segala urusan di sana boleh merujuk pada kenalan saya ini.